Slot Tempatan

Hilang Pendapatan, PPFIM Rayu Kerajaan Agar Benarkan Aktiviti Penggambaran

Views

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pendapatan sesetengah pihak.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) telah merayu kepada pihak kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada pihak produksi untuk kembali beroperasi semula.

Dalam satu sepucuk surat rayuan kepada Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada awal bulan yang lalu, presiden PPFIM, Khoo Kay Lye telah memohon pertimbangan untuk membenarkan penggambaran iklan seperti biasa dan akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti disarankan kerajaan.

"Kami memohon pertimbangan untuk membenarkan penggambaran iklan seperti biasa, tetapi terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti yang disarankan kerajaan. Dalam industri perfileman dan pengiklanan, kami mempunyai hubungan yang rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.

"Kebanyakan kru penggambaran tidak ada pendapatan tetap dan bergantung sepenuhnya kepada penghasilan karya baharu dalam menjana pendapatan harian. Jadi sebagai 'freelancer', kebanyakan kru produksi penggambaran tidak dapat menjana pendapatan apabila tiada penggambaran,"

Dalam pada itu, Khoo berkata susulan kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak PPFIM boleh merangka SOP yang akan dipraktikkan setiap syarikat produksi sepanjang proses penggambaran.

Pihaknya juga terbuka untuk menerima cadangan dan peraturan yang dikeluarkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan wabak COVID-19 tidak menular.

Oleh itu, Khoo berharap kerajaan dapat mempertimbangkan rayuan pihaknya sekaligus dapat membantu kru produksi daripada dibebani kemelut kewangan.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks