Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Hierarki Superhero DC Akan Berubah Dalam Trailer “Black Adam”

Trailer pertama Black Adam telah dilancarkan, memberikan pandangan yang mengujakan tentang filem superhero DC Extended Universe terbaharu yang diterajui Dwayne Johnson. Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan filem ini iaitu pada 21 Oktober 2022. 

“Hampir 5,000 tahun selepas dia dikurniakan kuasa hebat tuhan-tuhan purba—dan dipenjarakan secepat-cepatnya—Black Adam (Johnson) dibebaskan dari kubur duniawinya, bersedia untuk melepaskan bentuk keadilannya yang unik di dunia moden,” menurut sinopsis.


Anda boleh tonton trailer Black Adam dibawah:

Black Adam akan dipimpin oleh Dwayne Johnson sebagai Teth-Adam atau anti-hero yang digelar Black Adam. Kisah latarbelakangnya pertama kali digoda semasa filem Shazam! yang ditayangkan pada 2019. Ini menandakan debut ‘live-action’ watak itu setelah hanya muncul dalam rancangan animasi dan filem seperti Young Justice. Adaptasi filem ini juga diharapkan dapat menampilkan pengenalan filem live-action dari Justice Society of America.

Menyertai Johnson adalah Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, dan Aldis Hodge sebagai Hawkman. Barisan pelakon lain termasuklah Sarah Shahi, Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer, dan Uli Latukefu dalam peranan yang tidak didedahkan.

Berdasarkan watak Komik DC yang cipta oleh Otto Binder dan C.C. Beck, filem ini diarahkan oleh Jaume Collet-Serra (The Shallows, Jungle Cruise) dari skrip yang ditulis oleh Rory Haines dan Sohrab Noshiryani. Penerbitnya adalah Johnson, Dany Garcia, dan Hiram Garcia dari Seven Bucks Productions bersama dengan Beau Flynn dari FlynnPicturesCo, dengan Scott Sheldon mengawasi projek untuk FlynnPictureCo.

Black Adam akan ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober 2022.

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment