Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Heo Sung Tae Sertai Kang Ha Neul Dalam Drama Aksi Terbaru “Insider”

Bintang Squid Game Heo Sung Tae akan menyertai Kang Ha Neul dalam drama terbaru JTBC bertajuk Insider.

Pada 14 Januari, agensi pelakon itu secara rasmi mengumumkan, “Heo Sung Tae akan memainkan watak Yoon Byung Wook dalam drama JTBC ‘Insider.'”

Insider adalah drama aksi saspens baharu tentang pelatih kehakiman yang hidupnya hancur dalam sekelip mata semasa menyamar untuk menyiasat pendakwaraya yang korup. Semasa di penjara, dia mula merancang untuk membalas dendam keatas pengkhianatan yang dialaminya.

Kang Ha Neul sebelum ini disahkan akan membintangi drama itu dengan membawa watak sebagai pelatih kehakiman Kim Yo Han, manakala Lee Yoo Young akan membawa peranan sebagai ahli perniagaan Oh Soo Yeon, yang membuat tawaran menarik kepada Kim Yo Han.

Heo Sung Tae akan memainkan watak ketua pendakwaraya Yoon Byung Wook, watak unik dengan dualiti yang mengejutkan. Seorang penyendiri yang janggal yang sukar memandang mata orang, Yoon Byung Wook mempunyai sifat naif yang melucutkan senjata secara berbahaya—tetapi di dalam hatinya, dia seorang tokoh yang berkuasa yang tidak akan berhenti untuk keuntungannya sendiri.

Buat masa ini tarikh tayangan Insider masih belum didedahkan. 

Sumber: Soompi

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment