Pelakon dan pengacara, Henry Golding mendedahkan bahawa pelakon legenda tanah air, P. Ramlee menjadi sumber inspirasinya dalam kerjayanya. Beliau mendedahkan pekara tersebut dilaman Instagram miliknya baru-baru ini.
Selain itu juga, pelakon yang berasal dari Sarawak iniĀ menyifatkan seniman tersebut seorang yang berbakat besar seperti selebriti luar negara iaitu Frank Sinatra dan Charlie Chaplin.
“Ketika ditanya oleh @hollywoodreporter siapakah individu yang telah menginspirasikan saya sejak kecil lagi, beliau adalah P. Ramlee.Beliau boleh menyanyi, berlakon, menulis dan mencipta pelbagai naskah yang sehingga hari ini dapat diingati.
“Malah beliau masih seorang hero dalam Asia hari ini,” ujarnya kepada portal Hollywood Reporter
Henry Golding atau nama penuhnya, Henry Ewan Golding merupakan bintang utama dalam filem hollywood terbaruĀ Crazy Rich Asians.Ā Filem arahan Jon M. Chu itu turut dibintangi pelakonĀ Constance Wu, Gemma Chan, Awkwafina dan Michelle Yeoh.
Ianya mengisahkan tentangĀ Rachel Chu mengikut teman lelakinya yang berasal dari Singapura, Nick, pulang ke kampung halaman untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya. Ketika di sana dia mendapat tahu yang Nick bukan sahaja datang daripada keluarga kaya, dia juga merupakan jejaka bujang pujaan di negara itu. Rachel kini mendapati dirinya menjadi tumpuan golongan tinggi Singapura yang iri hati dengannya. Lebih parah, dia perlu membuktikan dirinya pada ibu Nick yang tidak menyukainya.
Crazy Rich AsiansĀ akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 22 Ogos ini.