Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Henry Golding Kongsikan Pandangan Pertamanya Sebagai SNAKE EYE

Bagi meraikan harijadi yang ke-33 semalam, Henry Golding telah kongsikan pandangan pertama Snake Eye menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya. Golding akan memainkan peranan utama dalam filem spin off G.I. Joe, Snake Eye. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Turut membintangi filem Snake Eye adalah Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Steven Allerick sebagai ayah kepada Snake Eye dan Takehiro Hira sebagai antagonis utama, manakala watak lakonan Haruka Abe masih lagi tidak diketahui.

Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ia akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

Snake Eyes kini sedang menjalani penggambaran dan akan ditayangan pada 16 Oktober 2020.

 

View this post on Instagram

 

Because its my birthday today and I’m playing Snake Eyes… Here’s your first look 🐍

A post shared by Henry Golding (@henrygolding) on

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment