Henry Golding Dalam Rundingan Untuk Membawa Watak “Snake Eye”

1624
views

Bintang filem Crazy Rich Asians, Henry Golding dilaporkan kini sedang dalam rundingan dengan studio Paramount Pictures untuk melakonkan watak utama dalam filem “spin off” G.I Joe, Snake Eye

Filem tersebut akan diarahkan pengarah filem Red, R.I.P.D, Robert Schwentke dan menjadi antara filem dalam francais GI Joe yang ingin dikembangkan oleh pihak studio dan Hasbro.

Snake Eye pertama kali diperkenalkan dalam komik Marvel pada tahun 1980 dan karakter itu tidak pernah mendedahkan wajahnya serta tidak mengucapkan sebarang dialog. Tidak dipastikan bagaimana versi ‘live action’ ini akan dibuat jika Henry Golding berjaya membawa watak Snake Eye. Berkemungkinan peminat figura dan komik GI Joe dapat melihat wajah dan suara karakter ninja komando itu buat kali pertama.

Skrip filem akan ditulis oleh Evan Spiliotopoulos dan dkhabarkan, filem spin off ini akan berkisarkan tentang Snake Eye ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja

Watak Snake Eye sebelum dalam dua filem sebelum ini dilakonkan oleh Ray Park

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here