Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Henry Cavill Mengalami Kecederaan Di Set Penggambaran “The Witcher 2”

Penggambaran siri popular Netflix The Witcher terpaksa diteruskan tanpa bintang utamanya, selepas Henry Cavill mengalami kecederaan otot semasa menjalani penggambaran siri itu di Arborfiled Studios, barat London.

Cavill terpaksa dikecualikan dari penggambaran buat sementara waktu sehingga dia benar-benar pulih. Menurut media The Sun, pelakon itu mengalami kecederaan ketika melakukan aksi di ketinggian 20 kaki sambil memakai tali keselamatan. 

Produksi musim kedua The Witcher telah tertangguh beberapa kali disebabkan kes COVID-19 yang melibatkan pelakon dan krewnya. Penangguhan pertama berlaku pada Mac yang lalu selepas pelakon Kristoger Hivju disahkan positif koronavirus, manakala yang kedua berlaku pada November melibatkan krew penggambaran. 

Musim terbaru The Witcher akan menampilkan bintang Game of Thrones, Kristofer Hivju sebagai Nivellen dan pelakon Killing Eve, Kim Bodnia sebagai Vesemir. Enam pelakon lain turut dipilih untuk membintangi musim kedua, termasuklah Paul Bullion (Peaky Blinders) sebagai Lambert, Yasen Atour (Young Wallender) sebagai Coën, Anges Bjorn sebagai Vereena, Basil Eidenbenz (Fast and Furious 9) sebagai Eskel, Aisha Fabienne Ross (The Danish Girl) sebagai Lydia dan mecia Simson sebagai Francesca.

Berdasarkan dari siri fantasi popular, The Witcher adalah kisah epik dan kekeluargaan. Geralt of Rivia, merupakan pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa. Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri ini dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Geralt dari Rivia, Freya Allan sebagai Puteri Ciri, Anya Chalotra sebagai Yennefer dari Vengerberg, MyAnna Buring sebagai Tissaia, dan Joey Batey sebagai Jaskier. Musim 2 juga akan menampilkan kepulangan Tom Canton sebagai Filavandrel, Lilly Cooper sebagai Murta, Jeremy Crawford sebagai Yarpin Zigrin, Eamon Farren sebagai Cahir, Mahesh Jadu sebagai Vilgefortz, Terence Maynard sebagai Artorius, Lars Mikkelson sebagai Stregobor, Mimi Ndiweni sebagai Fringilla Vigo, Royce Pierrseson sebagai Istredd, Wilson Radjou-Pujalte sebagai Dara, Anna Shaffer sebagai Triss Merigold, dan Therica Wilson Baca sebagai Sabrina.

Related posts

THE ROOK PREMIERES FOR THE FIRST TIME IN ASIA EXCLUSIVELY ON HBO GO THIS JANUARY

Zulaikha

[TRAILER] Kisah The Rock Diceritakan Dalam Sitcom “Young Rock”

Kakimuvee

Ethan Hawke Bawa Watak ‘Villain’ Dalam Siri Disney+ “Moon Knight”

Kakimuvee

Kantemir Balagov Arah Episod Pertama Siri “The Last of Us”

Kakimuvee

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir “WandaVision”

Kakimuvee

Klip Rasmi “WandaVision” Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

Kakimuvee