Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Henry Cavill Kongsikan Pandangan Pertama Kuda Kesayangan Geralt, Roach

Bintang siri televisyen The Witcher, Henry Cavill telah berkongsi pandangan pertama Roach, kuda yang menjadi peneman buat karakter Geralt of Rivia sepertimana yang diceritakan dalam siri novel The Witcher. Anda boleh lihat gambar yang dikongsikan di bawah.

Siri ini diadaptasikan dari buku berjudul sama karya Andrzej Sapkowski. Ia mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.

Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

https://www.instagram.com/p/Bz-sPAQB2-X/?utm_source=ig_web_copy_link

Selain Henry Cavill, The Witcher turut dibintangi Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg serta beberapa pelakon lain.

8 episod musim pertama ini ditulis oleh Lauren Schmidt Hissrich, yang akan turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan ‘showrunner’. Alik Sakharov akan mengarahkan 4 episode manakala Alex Garcia Lopez dan Charlotte Brändström akan mengarahkan 2 episod setiap seorang.

Siri televisyen The Witcher ini dijangka akan menemui penonton dilaman Netflix pada tahun hadapan.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment