Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Henry Cavill Kongsi Gambar Belakang Tabir THE WITCHER 2

Produksi The Witcher musim kedua bersambung kembali selepas ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, bintang utamanya, Henry Cavill memuatnaik gambar belakang tabir siri tersebut yang memaparkan persediaannya untuk membawa watak Geralt of Rivia. 

Siri The Witcher telah ditayangkan di Netflix pada Disember tahun lalu. Musim pertama The Witcher sedikit rumit bagi penonton kerana ia memaparkan garis masa yang berbeza bagi tiga watak utama. Namun, musim kedua akan datang menjanjikan hubungan yang menarik diantara tiga watak utama. 

Setakat ini, tiada tarikh tayangan didedahkan Netflix.

https://www.instagram.com/p/CEHjm2fhihN/?utm_source=ig_web_copy_link

Advertising

The Witcher dibintangi Henry Cavill yang memainkan watak utama sebagai Geralt of Rivia. Musim pertama mengisahkan tentang Geralt pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.

Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri 8 episod ini turut dibintangi Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg. The Witcher telah bersiaran pada 20 Disember yang lalu, dan kepada yang masih belum menyaksikan siri adaptasi novel karya Andrzej Sapkowski, anda boleh klik pautan ini.

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Marvel Dedah Gambar Terbaru “The Falcon and the Winter Soldier”

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Hawkeye” Papar Aksi Kejar-Mengejar Dengan Tracksuit Mafia

Kakimuvee

HBO Max Bakal Hasilkan Siri “Constantine”

Kakimuvee

Produksi Musim Ke-3 “The Umbrella Academy” Telahpun Bermula

Kakimuvee

[Trailer] Siri Prasekolah Original Netflix Akan Ditayangkan Pada Mac 2021

Zulaikha

Leave a Comment