Henry Cavill Tidak Lagi Bawa Watak Superman

0
62
views

Sumber gambar: The Hollywood Reporter

Selepas dihidupan semula dalam filem Justice League, nampak gayanya karakter Superman akan 'dimatikan' sekali lagi. Menurut laporan terbaru yang dikeluarkan laman web The Hollywood Reporterpihak studio Warner Bros. telah menutup peluang buat Henry Cavill untuk terus membawakan watak Superman.

Ia disebabkan kegagalan perbincangan kontrak diantara wakil pelakon tersebut dengan pihak studio untuk membawa masuk watak Superman dalam filem Shazam! sebagai 'cameo'. Menurut laporan itu lagi, masalah jadual menjadi punca kegagalan perbincangan tersebut. Henry Cavill kini sedang memberi komitmen lakonanya untuk siri Netflix berjudul The Witcher. 

Walaupun kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, pihak studio kini dilaporkan sedang merancang filem Supergirl yang tidak memerlukan watak Superman. Selain itu juga, filem solo Superman mungkin tidak akan dirancang dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Berita terbaru ini menyaksikan Henry Cavill akan menyertai Ben Affleck yang turut dilaporkan tidak akan meneruskan watak Batman dalam filem terbaru arahan Matt Reeves berjudul The Batman. 

'Ahli-ahli' Justice League yang lain seperti Gal Gadot (Wonder Woman 1984), Jason Momoa (Aquaman) dan Ezra Miller (filem Flash akan datang) buat masa ini masih terlibat dengan peracangan filem dimasa hadapan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here