Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Henry Cavill Bintangi Filem Reboot “Highlander”

Bintang Superman, Henry Cavill disahkan membintangi filem reboot Highlander, yang kini sedang dalam pembangunan di Lionsgate, lapor Deadline. Cavill dillaporkan sedang dalam rundingan untuk memainkan peranan utama dalam filem akan datang. Butiran lanjut mengenai watak tersebut masih lagi tidak diketahui. Buat masa ini tidak dipastikan sama ada dia akan membawa versi baru watak Highlander, atau versi yang sedia ada. 

Pengarah John Wick, Chad Stahelski akan menjadi pengarah manakala Neal H. Moritz, Josh Davis dan David Leitch akan berkhidmat sebaagi penerbit. Penerbit eksekutif terdiri daripada Amanda Lewis, Patrick Wachsberger, dan Gregory Widen.

Deadline menyebut reboot Highlander telah lama dirancang dengan Ryan Reynolds dan Justin Lin disebut-sebut akan terlibat dalam projek tersebut. Pada satu ketika, Tom Cruise turut dikatakan berminat untuk memainkan watak itu. Namun, perancangannya telah berada di fasa akhir dan sedang menunggu masa untuk memulakan penggambaran.

Highlander dilancarkan pada tahun 1986 dan menceritakan kisah tiga makhluk abadi yang saling memburu antara mereka. Filem asal dibintangi oleh Christopher Lambert, Sean Connery, dan Clancy Brown. Ia menjadi cukup popular dan melahirkan beberapa sekuel dan tiga siri televisyen.

Cavill baru-baru ini telah menjalani penggambaran musim kedua The Witcher, yang bakal ditayangkan di Netflix. Dia juga sekali lagi menjadi Sherlock Holmes dalam sekuel Enola Holmes yang akan datang.

Related posts

[TRAILER] Netflix Tetapkan Tarikh Tayangan “Alice in Borderland” Musim 2

Kakimuvee

Bintang ‘Wednesday’ Jenna Ortega Memperoleh 10 Juta Pengikut Instagram Dalam Tempoh 10 Hari

Kakimuvee

Stephen Lang Jelaskan Bagaimana Wataknya Masih Hidup Dalam Sekuel “Avatar”

Kakimuvee

Poster John Wick: Chapter 4 Soroti Kepulangan Keanu Reeves Sebagai Pembunuh Upahan Berbahaya

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee

Tajuk “Indiana Jones 5” Telah Didedahkan, Saksikan Juga Trailer Terbaru Disini

Kakimuvee

Leave a Comment