Berita

Henry Cavill Bakal Kembali Sebagai Superman?

Views

Berita yang mungkin menggembirakan peminat-peminat filem DC khususnya Superman.

Deadline melaporkan bahawa pelakon Henry Cavill (Misson: Impossible – Fallout; The Witcher) kini sedang dalam rundingan dengan Warner Bros. untuk meneruskan kembali peranan Superman dalam filem live action DC Cinematic Universe (DCEU).

Bagaimanapun, peranan tersebut bukanlah untuk filem sekuel Man of Steel, sebaliknya mungkin sebagai watak cameo dalam salah satu filem adiwira DC.

Filem Wonder Woman 1984 arahan Patty Jenkins dan The Suicide Squad arahan James Gunn telahpun selesai menjalani penggambaran, jadi peminat boleh menjangkan bahawa watak Superman mungkin tidak akan muncul dalam kedua-dua filem tersebut.

Jadi pilihan terletak pada salah satu filem DC yang kini sedang dalam pembikinan  / perancangan seperti The Batman, Shazam! 2, Black Adam dan Aquaman. Kemungkinan, Superman akan muncul dalam salah satu filem tersebut.

Apa pun kita nantikan pengumuman rasmi dari Warner Bros. mengenai kepulangan semula Henry Cavill dalam DCEU.

Tinggalkan Balasan

shares