Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Superman” Beri Hint Hal Jordan Akan Muncul Dalam Filem Justice League

Henry Cavil yang juga pelakon yang membawakan watak Man of Steel dalam filem-filem DC Extended Universe telah memberi gambaranĀ kepada peminat filem-filem DC mengenai cameo yang bakal ditunjukkan dalam filem Justice League akan datang.

Beliau membayangkan yang salah seorang ahli Justice League yang masih misteri iaitu Green Lantern akan muncul dalam filem Justice League sebagai cameo samada dalam filem penuh ataupun babak “post credit”.

Hint yang diberikan oleh Henry telah ditunjukkan di laman Instagram nya.

“Since I came off the ol knee injury I’ve been steadily increasing my training work load. I know it’s irritating when people say this but it genuinely does feel so good to be back in it. I’m not destroying myself every day. Just working towards improvement by pushing hard enough to elicit change. Nothing funny to post here, it’s deadly serious because I’ve got to make sure that I’m bigger than Green Lantern….Wait whaaat?” – Henry Cavil

https://www.instagram.com/p/BRo-po-Fu8o/?taken-by=henrycavill&hl=en

Sebelum ini, dia juga telah memuatnaik gambar dengan captionĀ “Kal looking for Hal” dengan #GreenLantern dengan gambar watak tersebut disebalik cermin dalam gambarnya.

https://www.instagram.com/p/BREtRTLFEzl/?taken-by=henrycavill&hl=en

Buat masa ini, salah seorang ahli Justice League tersebut tidak akan muncul dalam mana-mana filem DC sehinggalah tahun 2020 dimana filem solo watak tersebut akan ditayang. Siapa aktor yang bakal membawa karakter tersebut juga masih belum diketahui, tetapi khabar angin kuat mengatakan “partner” Henry Cavil dalam filem “The Man from U.N.C.L.E.”, Armie Hammer akan membawa watak tersebut.

Sementara kita menantikan siapakah aktor yang bakal membawa watak Hal Jordon aka Green Lantern dan menunggu filem karakter tersebut, kita tunggu dua filem DC yang akan ditayangkan dalam masa terdekat iaitu Wonder Women pada 1 Jun 2017 dan Justice League pada 16 November 2017.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment