Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Hellboy Reboot Tidak Akan Bergantung Pada CGI” – Neil Marshall

Pengarah filem reboot Hellboy, Neil Marshall berkata mereka tidak akan mengutamakan kesan khas CGI untuk babak-babak aksi dalam filem berkenaan, sebaliknya akan menggunakan “practical effect” iaitu kesan-kesan khas yang dihasilkan secara fizikal tanpa menggunakan bantuan komputer.

Neil Marshall dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan filem reboot Hellboy yang sebelum ini diarahkan oleh Guillermo del Toro. Filem asal yang diadaptasi dari Comic Dark Horse berjudul Hellboy ini dikelaskan sebagai PG-13, namun untuk filem terbaru, pengarah filem berkenaan mengesahkan filem arahannya itu akan dikelaskan sebagai R-Rated.

Semasa ditemuramah oleh wartawan Post Mortem, Neil Marshall bercakap mengenai keinginannya menghasilkan kesan-kesan khas tanpa bantuan CGI.

“It’s definitely going to be as practical as we can possibly make it. I love to do stuff in camera whenever I possibly can, and use CG as the amazing tool that it is, to enhance or expand upon the world, but not to use it to replace reality, when you can do it [for] real.”

Filem ini akan dibintangi oleh aktor David Harbour bagi menggantikan pelakon asal, Ron Perlman dan mereka akan memulakan pengambaran pada musim luruh nanti.

Related posts

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment