Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Hellboy Reboot Filem Monster Yang Dark & Menakutkan” – David Harbour

Pelakon utama filem reboot Hellboy yang juga pemegang watak Hellboy, David Harbour menyifatkan, filem lakonan beliau akan datang adalah sebuah filem raksasa yang ‘dark’ dan menakutkan.

Beliau berkongsi pendapatnya itu ditemuramah oleh wartawan Variety semasa menghadiri Festival Filem Dubai.

“These movies have been of a certain brand. With Deadpool and Logan, they are trying to do different things. So we are trying to do our own brand of that. I was really excited by that concept — to make a real monster movie that’s dark and scary and about the end of the world.” – David Harbour

Menurut pelakon Stranger Things itu, mereka mahu mengikut jejak langkah filem seperti Deadpool dan Logan dan mahu mencipta konsep mereka tersendiri bagi memberikan kelainan kepada penonton.

Filem reboot yang diarahkan oleh Neil Marshall adalah filem superhero yang diadaptasikan dari komik Hellboy karya Mike Mignola. Dua filem terdahulu diarahkan oleh pengarah Guillermo del Toro iaitu Hellboy (2004) dan  Hellboy: The Golden Army yang diterbitkan 2008. Namun hasrat untuk menerbitkan filem ketiga berkubur sehinggalah penciptanya, Mignola membuat keputusan untuk menerbitkan semula filem Hellboy.

Selain David Harbour , Daniel Dae Kim, Penelope Mitchell, Ian McShane, Sophie Okonedo dan Milla Jovovich juga turut berlakon dalam filem reboot Hellboy ini. Milla Jovovich akan membawakan watak villain Blood Queen dalam filem akan datang.

Pendapat yang disuarakan oleh David Harbour itu sangat bersesuai dengan konsep yang bakal dibawa oleh pengarah Neil Marshall. Sebelum ini, pengarah berkenaan mendedahkan, versi terbaru Hellboy akan datang berbeza dari 2 filem arahan Del Toro ini, malah beliau berkata filemnya akan dikelaskan sebagai ‘R-rated’ atau 18 tahun keatas mengikut klasifikasi tapisan filem Malaysia.

Filem Hellboy telahpun memulakan pengambaran mereka pada 13 September 2017 yang lalu di UK dan Bulgaria dan dijangka akan ditayangkan pada 11 Januari 2019

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment