Sejak disahkan Hela akan menjadi penjahat dalam filem Thor: Ragnarok, ramai peminat berspekulasi bahawa karakter tersebut mungkin akan dikembang dalam filem-filem Marvel akan datang dan salah satunya dalam filem Infinity War.
Berdasarkan dari siri komik, Thanos dikatakan jatuh cinta dengan persona yang dimiliki oleh Dewa Kematian itu dan ini membuatkan peminat mengeluarkan teori bahawa karakter tersebut mungkin akan muncul dalam satu filem yang melibatkan perang galaksi antara hero-hero Marvel dan Thanos.
Laman web Screenrant telah menemubual penerbit filem Thor: Ragnarok, Brad Winderbaum dan bertanya mengenai kemungkinan Hela akan muncul dalam filem-filem Marvel akan datang ataupun tidak.
“Obviously we always think about the movies as standalones, even if they do set up a movie down the road or pay off something from a previous film. What we hope, if we do our jobs right, is that Hela is one of the best villains we’ve had – maybe the best, hopefully,” “Cate has been delivering an incredible performance. She’s really scary and really charming. She’s very easy to watch, very fun to be around. But very murderous and horrible at the same time. You’re right that those are things that Thanos values. But when and how she plays into the future of the universe is uncertain now.”
Penerbit berkenaan tidak menafikan atau mengesahkan kemunculan Hela dalam Infinity War tetapi beliau membayangkan mungkin karakter tersebut mungkinakan dikembangkan dalam filem-filem Marvel akan datang.
Memandangkan Infinity War telahpun dalam peringkat post-editing dan nama Cate Blanchett tiada dalam senarai pelakon filem berkenaan, jadi kami mungkin beranggapan wataknya tidak akan muncul dalam filem berkenaan melainkan pihak Marvel ingin membuat kejutan sebagai watak cameo ataupun muncul dalam satu lagi filem yang berkaitan dengan filem Infinity War iaitu Avengers 4 yang kini sedang dalam pengambaran.