Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

HEIST DILADHA: Telefilem Arahan Zizan Razak & Issey Fazlisham Akan Ditayangkan Pada Hari Raya Aidil Adha


Zizan Razak bakal tampil dalam telefilem terbaru bertajuk Heist Dil Adha, yang akan ditayangkan pada 10 pagi, 29 Jun ini di Astro Ria. 

Telefilem arahan Zizan Razak dan Issey Fazlisham ini mengisahkan kes kecurian seekor lembu wagyu kacuk milik Mr Onitsuka Korokodai oleh Geng Naga Gearbox yang dketuai oleh Jusoh Belut, kartel penyeludupan daging lembu terbesar di Semenanjung.

Geng Tiga Malam telah diberikan tugasan untuk mendapatkan kembali lembu tersebut. Namun misi kali ini ialah misi mustahil apabila Geng Tiga Malam terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka di liga yang berbeza. Sebuah medan pertempuran yang tidak pernah dijejaki mereka. Konflik semakin memuncak dengan kehadiran seorang gadis bernama Bajilah.

Adakah misi kali ini berjaya atau salah seorang ahli Geng Tiga Malam bakal menjadi korban?

Diterbitkan oleh Red Bean Productions dan ZR Project, telefilem ini menampilkan Zizan Razak sebagai teraju utama disamping Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Hushairi Husain, Riena Amirah, Mathni Razak.


 

Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee