Berita

Heath Ledger Menjadi Inspirasi Michael B. Jordan Untuk Menjadi Penjahat Dalam Filem Black Panther

Views

Filem Marvel akan datang, Black Panther menjadi antara filem yang ditunggu-tunggu oleh pengemar filem pada tahun 2018. Selain dibarisi pelakon yang hebat, populariti superhero Marvel itu dikalangan penonton filem menjadikan ia menjadi filem yang paling dinantikan.

Salah seorang pelakon filem Black Panther, iaitu Michael B. Jordan telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam filem yang diarahkan oleh Ryan Coogler semasa ditemubual oleh majalah Empire. Jordan mendedahkan beliau mengambil inspirasi dari watak Joker lakonan Heath Ledger dan Magneto lakonan Michael Fassbender untuk mendalami watak penjahat Erik Killmonger yang dilakonkannya dalam filem tersebut.

“You see performances as an actor, and as a fan, you look at Heath Ledger’s performance, say, in The Dark Knight, and it’s like, ‘Wow.’ I want to try to get something like that. You want Michael Fassbender’s Magneto. Just trying to find my place amongst those roles, and strive for that, even if I don’t make it.”

Walaupun filem-filem Superhero Marvel mendapat kritikan positif dan sukses dari segi kewangan, masalah supervillain sering menjadi bahan kritikan peminat filem Marvel dan pengemar filem. Karakter-karakter supervillian yang ditonjolkan tidak sehebat seperti yang digambarkan dalam komik. Bagaimanapun, dua filem akan datang, Black Panther dan Avengers: Infinity War mungkin dapat mengubah presepsi peminat terhadap villain dalam Marvel Cinematic Universe.

BACA:  Pelakon JERRY MAGUIRE, SKY HIGH Meninggal Dunia Pada Usia 57 Tahun

Bagaimanapun prestasi Michael B. Jordan dalam filem Black Panther akan terjawab apabila filem tersebut mula ditayangkan di Malaysia 8 Februari 2018. Dengan kebebasan berkarya yang diberikan oleh Marvel Studio kepada Ryan Coogler pasti memberi peluang untuk beliau dan Jordan merencana perwatakan jahat Erik Killmonger dalam filem Black Panther

Tinggalkan Balasan

shares