Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

He-Man: Masters of the Universe Mungkin Akan Ditayangkan Di Netflix


He-Man: Masters of the Universe telah berada dalam fasa pembangunan hampir sedekad, tetapi perkembangan sekarang kelihatan seolah-olah filem reboot He-Man ini tidak akan ditayangkan dilayar perak.

Menurut laporan dari laman The Hollywood Reporter, Sony Pictures sedang memikirkan beberapa pilihan untuk filem terbaru mereka ini.

Walaupun masih belum mencari barisan pelakon, pihak Sony dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mencari studios lain atau pembiaya yang sanggup mengeluarkan kos, kerana mereka tidak mahu menanggung satu lagi kerugian besar selepas filem Men in Black: International. 

Netflix diantara syarikat yang dikaitkan dengan kerjasama yang ingin dicari Sony. Laporan dari THR turut menyebut, naib presiden Sony Pictures Motion Picture Group, Sanford Panitch kini mengetuai rundingan diantara Sony dan Netflix untuk projek He-Man: Masters of the Universe. 

Setakat ini rundingan masih peringkat awal, dan keputusan dijangka akan diketahui tidak lama lagi.


He-Man: Master of the Universe dijangka mampu memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. Bagi Netflix, ia akan menambah kandungan asal mereka, dan mampu menarik lebih ramai pelanggan memandangkan persaingan yang semakin sengit diantara syarikat servis penstriman.

Dipihak Sony pula, kerjasama ini akan mengelakkan mereka dari terjerat dengan satu lagi kegagalan box office, terutamanya pada filem yang mereka tidak yakin akan berjaya di layar perak.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee