Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

HBO Tidak Sambung “Lovecraft Country” Untuk Musim Kedua

Kepada peminat Lovecraft Country, kita mungkin terpaksa melupakan musim keduannya. 

Menurut Deadline, HBO dilaporkan tidak akan memperbaharui siri Lovecraft Country untuk musim kedua.

“Kami tidak akan meneruskan musim kedua Lovecraft Country,” kata HBO. “Kami berterima kasih atas dedikasi dan kesenian para pelakon dan kru yang berbakat, dan kepada Misha Green, yang membuat siri perintis ini. Dan kepada peminat, terima kasih kerana menyertai kami dalam perjalanan ini. “

Deadline turut menjelaskan, “Disebarkan oleh orang ramai, siri ini, yang dibintangi oleh Jurnee Smollett dan Jonathan Majors, telah meningkatkan jumlah peminatnya, dengan finale Musim 1 mencapai jumlah penonton yang tinggi di HBO (1.5 juta) dan menjadi episod baru siri asli HBO Max yang paling banyak ditonton pada hari pertama tayangannya. Pada saat siri ini menuju episod akhir, yang dilancarkan pada bulan Oktober, episod perdana telah melepasi jumlah 10 juta penonton.

Musim debut Lovecraft Country diakhiri dengan kematian besar dan larangan orang kulit putih dari menggunakan sihir, menutup jalan cerita dan menunjukkan masa depan yang lebih baik untuk watak-watak yang masih ada.

Ditetapkan pada era 1950an, Lovecraft Country mengikuti Atticus Freeman ketika dia bergabung dengan rakannya Letitia dan pakciknya George dalam penggembaraan untuk mencari ayahnya yang hilang. Penggembaraan mereka bagaimanapun dihalang dengan sikap rasis orang kulit putih Amerika dan raksasa-raksasa yang menakutkan. 

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment