Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

HBO Terbitkan Siri Adaptasi ‘The Last of Us”

HBO bakal menerbitkan siri adaptasi permainan video The Last of Us dengan pencipta siri Neil Druckmann akan menjadi penulis dan penerbit eksekutif di samping Craig Mazin (Chernobyl). Carolyn Strauss, yang menjadi penerbit eksekutif Game of Thrones dan Chernobyl, turut menjadi penerbit eksekutif The Last of Us. 

“Craig and Neil are visionaries in a league of their own. With them at the helm alongside the incomparable Carolyn Strauss, this series is sure to resonate with both die-hard fans of The Last of Us games and newcomers to this genre-defining saga. We’re delighted to partner with Naughty Dog, Word Games, Sony and PlayStation to adapt this epic, powerfully immersive story.” – kenyataan dari Francesca Orsi, Naib Presiden Eksekutif Pengaturcaraan HBO,

Berdasarkan sinopsis rasmi, rancangan TV akan datang bakal mengadaptasikan siri pertama The Last of Us: 


“Plotnya ditetapkan dua puluh tahun setelah tamadun moden musnah. Joel, seorang survivor yang cekal, diupah untuk menyeludup Ellie, gadis yang berusia 14 tahun, keluar dari zone kuarantin yang kejam. Apa yang bermula sebagai pekerjaan kecil bertukar menjadi perjalanan yang sangat kejam dan memilukan. Mereka berdua mesti merentasi A.S. dan saling bergantung antara satu sama lain untuk terus bertahan.”

Pembangunan siri adaptasi ini masih diperingkat awal, setakat ini tiada perincian mengenai barisan pelakon dan tarikh tayangan. 

The Last of Us adalah permainan video aksi-survival seram yang dimainkan dari perspektif orang ketiga. Ia dikembangkan oleh pembangun permainan video yang berpangkalan di Santa Monica, Naughty Dog, yang juga terkenal dengan penghasilan permainan video Uncharted. Permainan video ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2013 untuk PlayStation 3 dan pada tahun 2014 untuk PlayStation 4 di mana ia segera mendapat pujian kritikal untuk naratif, permainan, visual, reka bentuk bunyi, dan karakter.

The Last of Us telah terjual lebih dari 17 juta salinan dan berjaya memenangi banyak anugerah termasuk beberapa anugerah ‘Game of the Year’. Hampir 7 tahun sejak dilancarkan, permainan video ini telah diakui sebagai salah satu permainan video terhebat yang pernah dibuat.

Sumber: TheVerge

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment