Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

HBO Max Kongsikan TV Spot Setiap Karakter Dalam “Zack Snyder’s Justice League”


Menghampiri tayangannya di HBO Max dan HBO Go, Warner Bros. telah mengeluarkan ‘TV spot’ setiap karakter dalam filem “Zack Snyder’s Justice League“, serta klip promo yang memaparkan pandangan terbaru Darkseid dan Joker.

Anda boleh menonton kesemua TV Spot tersebut dibawah.

Selepas gagal dipentas box office, “Justice League” dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru hasil garapan Snyder.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

 

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.


“Justice League”, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Zack Snyder’s Justice League akan memulakan tayangannya di HBO Max pada 18 Mac ini. Bagi penonton di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, anda berpeluang menonton filem ini di HBO Go pada tarikh yang sama.

Superman

Aquaman

The Flash

Batman

Wonder Woman

Cyborg

Pandangan terbaru Darkseid dan Joker

https://youtu.be/lhjCAkiVimc

Related posts

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Siri Original HBO TRUE DETECTIVE: NIGHT COUNTRY Akan Membuat Debut 15 Januari

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

Kos Pembikinan The Flash Hampir AS$300 Juta

Kakimuvee

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee