
The Hollywood Reporter melaporkan bahawa siri TV live-action Harry Potter sedang dalam pembangunan awal di HBO Max, dengan para eksekutif perkhidmatan streaming itu “telah bertemu dan berbincang dengan penulis berpotensi, meneroka pelbagai idea” untuk mengembangkan dunia Harry Potter ke televisyen.
Sumber mengesahkan bahawa tiada penulis atau pelakon terlibat dalam apa-apa projek memandangkan siri live-action ini “masih diperingkat awal pembangunan” dan tiada perjanjian dibuat.
“Tiada siri Harry Potter sedang dibangunkan di studio atau di platform streaming” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan HBO Max dan Warner Bros. kepada THR.
Bagaimanapun, memperluaskan dunia Harry Potter tetapi menjadi “keutamaan” pihak studio dan HBO Max.
Harry Potter merupakan salah satu IP paling berharga buat Warner Bros. Dengan sejumlah lapan buah filem yang diadaptasikan dari tujuh siri buku, francais ini telah mengumpul lebih $7 billion dolar seluruh dunia.
Warner Bros. turut memiliki siri prekuel Fantastic Beasts, dengan filem ketiga dijangka tayangan pada tahun hadapan.
Perancangan siri TV Harry Potter dilihat sebagai pelan jangka panjang WarnerMedia yang mahu melihat pertambahan jumlah pelanggan HBO Max. Perkhidmatan streaming itu telah dilancarkan pada tahun lalu, dan menempatkan semua harta intelek syarikat yang paling berharga.