
Satu lagi projek Game of Thrones akan dibangunkan di HBO Max!
The Hollywood Reporter melaporkan bahawa HBO Max kini sedang dalam peringkat awal pembangunan projek animasi terbaru Game of Thrones.
Sumber memberitahu, projek ini masih diperingkat awal dan para eksekutif perkhidmatan streaming, yang diketuai oleh ketua HBO Drama Francesca Orsi dan kumpulannya, telah bertemu dengan beberapa penulis untuk membincangkan tentang projek terbaru ini.
Walaupun formulanya telah berubah ke animasi, ia tetap menyamai nada dari siri asalThe Hollywood Reporter melaporkan bahawa HBO Max kini sedang dalam peringkat awal pembangunan projek animasi terbaru Game of Thrones. . Pasukan Orsi juga dilaporkan bekerja dengan penulis asal George R.R. Martin, yang menjalin kerjasama dengan WarnerMedia dalam memperluaskan dunia Game of Thrones.
Selepas berakhirnya siri utama, dua siri prekuel telah diumumkan iaitu Bloodmoon dan House of the Dragon. Siri Bloodmoon yang diketuai Naomi Watts bagaimanapun terpaksa dibatalkan, dan HBO meneruskan projek House of the Dragon yang dibintangi Olivia Cooke, Paddy Considine dan Matt Smith.
Beberapa hari lalu, satu lagi prekuel Tales of Dunk and Egg dilaporkan sedang dalam pembagunan awal di HBO Max, namun pengumuman rasmi masih belum dibuat.