Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

HBO Max Bakal Hasilkan Siri “Constantine”

Tahun lalu, terdapat desas-desus yang mengatakan Warner Bros. sedang membangunkan filem solo Constantine, dan kini Variety melaporkan bahawa pihak studio mungkin membawa arah yang berbeza kerana dikhabarkan HBO Max sedang membangunkan siri terbaru Constantine. 

Butiran lanjut mengenai siri Constantine masih belum diketahui, tetapi menurut sumber, projek itu akan mempunyai kaitan dengan siri Justice League Dark yang kini sedang dibangunkan J.J. Abrams menerusi syarikat produksinya, Bad Robot.

Pencarian pelakon kini sedang dijalankan, dan penulis Guy Bolton dilaporkan sedang dalam rundingan untuk terlibat dalam projek akan datang sebagai penulis lakonlayar.

Khabar angin mengenai Constantine mula berputar selepas Warner Bros. dilaporkan merancang untuk menghasilkan adaptasi superheroin DC Comics, Zatanna Zatara. Pelakon yang memainkan watak Satan dalam filem adaptasi lakonan Keanu Reeves (2005), Peter Stromare kemudian memuatnaik gambar di Instagram dengan kapsyen “sekuel sedang dalam pembangunan.”

Setakat ini tiada pengesahan dari Warner Bros. atau HBO Max, tetapi sekiranya projek ini berjalan, ia akan menambah senarai projek DC di HBO Max dan mengembangkan lagi dunia DC Extended Uniuverse. 

HBO Max kini sedang membangunkan beberapa siri spin-off seperti Peacemaker lakonan John Cena yang merupakan spin off The Suicide Squad dan Gotham PD yang berkait dengan peristiwa dalam filem The Batman lakonan Robert Pattinson. 

Related posts

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

MARVEL STUDIOS’ “LOKI” TO DEBUT WEDNESDAY, JUNE 9th

Zulaikha

Pandangan Pertama Jejaka Kegemaran Dunia & Pakar Penyamaran Di “Lupin Part 2”

Kakimuvee

HBO Lancar Gambar Pertama “House of the Dragon Photos”

Kakimuvee

Klip Video LOKI: Tom Hiddleston Dibebankan Dengan Tujuan Murni

Kakimuvee

Elizabeth Olsen Bintangi Siri Terhad HBO Max “Love and Death” Yang Berdasarkan Kisah Benar

Kakimuvee