Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

HBO Max Akan Dilancarkan Pada Mei 2020 Dengan Harga RM62.74 Sebulan


Netflix bakal mendapat pesaing terbaru apabila WarnerMedia melancarkan HBO Max di Amerika Syarikat pada Mei 2020, dengan harga USD$14.99 (RM62.74) sebulan.

Semasa pelancarannya nanti, pelanggan AT&T serta HBO Now yang melanggan melalui HBONow.com akan memiliki akses kepada produk HBO Max.

Selain itu juga, HBO Max akan dilancarkan dengan kandungan premium sebanyak 10,000 jam termasuk keseluruhan perkhidmatan HBO, serta beberapa rancangan terbaru HBO Max Originals yang mensasarkan golongan muda, kanak-kanak dan keluarga.

Antara kandungan asal yang akan dihasilkan untuk HBO Max adalah siri sains fiksyen Raised by Wolves yang akan diterbit dan diarahkan Ridley Scott, dua siri adiwira DC iaitu siri antologi Strange Adventures dan Green Lantern, dan rancangan komedi DC Super Hero High. Turut menjadi kandungan asli HBO Max adalah siri prekuel Game of Thrones, House of the Dragon yang diumumkan HBO baru-baru ini

HBO Max juga menawarkan beberapa rancangan popular seperti Friends dan sitcom The Big Bang Theory serta filem-filem blockbuster yang dimiliki Warner Bros. dan kandungan 100 tahun yang dimiliki New Line, DC, CNN, TNT, TBS, truTV, Turer Classic Movie, Cartoon Network, Adult Swim, Crunchyroll, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi.



Related posts

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

HBO Batal Siri ‘The Idol’ Selepas Musim 1

Kakimuvee

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee

Non-Stop Entertainment This June on HBO GO, HBO, Warner TV, Cartoon Network and Boomerang

Kakimuvee