Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

HBO Lancarkan Trailer Penuh Watchmen


HBO juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan produk mereka di konvensyen Comic-Con San Diego minggu ini, apabila melancarkan trailer penuh siri televisyen terbaru mereka berjudul Watchmen. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Ditetapkan dalam dunia realiti yang berlainan dimana ‘superhero’ dianggap sebagai penjenayah kerana kaedah mereka yang agak ganas. Walaupun demikian, terdapat daripada mereka ingin memulakan revolusi dan yang lain keluar untuk menghalangnya sebelum terlambat.

Watchmen dibintangi Jeremy Irons sebagai Ozymandias, Regina King, Don Johnson, Louis Gossett Jr., Tim Blake Nelson, Adelaide Clemens, Andrew Howard, Frances Fisher, Jacob Ming-Trent, Yahya Abdul-Mateen I, Sara Vicker, Tom Mison, Jean Smart, dan James Wolk.

Damon Lindelof bertindak selaku pencipta siri, penulis skrip, showrunner dan penerbit eksekutif Watchmen. Tom Spezialy, Stephen Williams, dan Joseph Iberti turut bertindak selaku penerbit eksekutif manakala Nicole Kassell akan mengarahkan pilot siri ini.

Watchmen akan memulakan siarannya di HBO pada Oktober ini.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee