Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

HBO: Dua Pengarah Ketuai Projek “The Last of Us”


HBO telah mengumumkan dua pengarah yang akan mengentuai projek siri televisyen The Last of Us, adaptasi dari permainan video popular berjudul sama. 

Calon Oscar Jasmila Zbanic dan Ali Abbasi akan membantu membawa permainan video PlayStation 3 itu ke skrin kecil bersama penerbit eksekutif Neil Druckmann dan pencipta Chernobyl Craig Mazin, yang kini sedang menulis lakon layar untuk projek terbaru HBO itu.

Kantemir Balagov sebelum ini telah dipilih untuk mengarahkan episod pilot. Balagov dan Ali Abbasi pernah memenangi anugerah di Festival Filem Cannes beberapa tahun lalu, manakala Jasmila Zbanic telah dicalonkan untuk Filem Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi yang akan berlangsung pada Ahad ini menerusi karyanya, Quo Vadis, Aida.

Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan membintangi rancangan ini, yang mengadaptasi kisah Joel dan Elli mengembara ke seluruh Amerika Syarikat pada zaman pasca-apokalip dalam perjuangan untuk terus hidup. The Last of Us Part 2 yang dikeluarkan baru-baru ini di PlayStation 4 menjadi salah satu judul PS4 yang paling laris sepanjang zaman, berjaya menjual empat juta unit pada hujung minggu pelancaran. Sony PlayStation Productions terlibat dalam adaptasi aksi-nyata ini, begitu juga pembangun asal permainan Naughty Dog.

The Last of Us adalah salah satu daripada beberapa adapatasi permainan video ke TV berprofil tinggi sama ada sudah disiarkan atau akan disiarkan tidak lama lagi. Netflix telah mengumumkan musim baru The Witcher dan Castlevania. Perkhidmatan penstriman juga mempunyai beberapa adaptasi permainan video baru yang akan dihasilkan pada tahun 2022 dan seterusnya, dari Assassin’s Creed hingga Splinter Cell hingga Tomb Raider.



Related posts

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

HBO Batal Siri ‘The Idol’ Selepas Musim 1

Kakimuvee

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee

Non-Stop Entertainment This June on HBO GO, HBO, Warner TV, Cartoon Network and Boomerang

Kakimuvee