Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

HBO Beri Lampu Hijau Untuk Siri Prekeul Game Of Thrones, House Of The Dragon

Awal pagi tadi kami telah kongsikan berita mengenai pembatalan siri prekuel spin off Game of Thrones meskipun penggambaran episod pilot telahpun selesai pada Julai yang lalu. Terbaru, laman The Hollywood Reporter mendedahkan, HBO telah memberi lampu hijau untuk menghasilkan siri House of the Dragon, siri prekuel Game of Thrones yang akan berlatarbelakangkan 300 tahun sebelum peristiwa siri asal.

House of the Dragon dicipta secara bersama oleh George R.R. Martin dan Ryan Condal; ia akan memberi fokus kepada zaman kejatuhan House Targaryen. Siri 10 episod ini akan ditulis oleh Ryan Condal sendiri.

Menurut laporan THR lagi, House of the Dragon akan berdasarkan buku karya Martin berjudul Fire & Blood; yang mencatat kebangkitan dan kejatuhan Targaryens. Miguel Sapochnik akan mengarahkan episod pilot serta beberapa siri episod. Sapochnik dan Condal juga akan bersama-sama menjadi showrunner.

Berikut adalah kenyataan dari Presiden Rancangan HBO, Casey Bloys mengenai prekuel terbaru Game of Thrones. 

“The Game of Thrones universe is so rich with stories, We look forward to exploring the origins of House Targaryen and the earlier days of Westeros along with Miguel, Ryan and George.”

https://www.instagram.com/p/B4OjzCVlQeF/?utm_source=ig_web_copy_link

Related posts

Zack Snyder’s Justice League Bantu HBO Max Tarik 3 Juta Pelanggan

Isqandar

Russell Crowe Bawa Watak Zeus Dalam “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee