Siri TV

HBO Bangunkan Siri Adaptasi THE LAST OF US

Views

HBO dan Sony Pictures Television bekerjasama untuk membangunkan siri adaptasi The Last of Us, berdasarkan permainan video survival seram popular berjudul sama yang dikeluarkan PlayStation. Projek ini merupakan siri televisyen pertama PlayStation Production. Pencipta siri Chernobyl, Craig Muzin diberi tanggungjawab untuk menulis siri adaptasi ini bersama-sama Neil Druckmann.

“This is an incredibly exciting opportunity for us to partner with Craig, Neil, Carolyn and the teams at Sony, Naughty Dog and PlayStation to bring the virtual world of this acclaimed game to life,” – Pengumuman yang dibuat oleh HBO programming president, Casey Bloys.

The Last of Us adalah permainan video bergenre aksi penggembaraan suvival seram yang dicipta oleh Naughty Dog, yang juga merupakan pencipta permainan video Uncharted. Permainan ini dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2013 untuk konsol PlayStation 3 dan 2014 untuk PlayStation 4. Permainan ini menerima pujian untuk naratif, permainan, visual, reka bentuk bunyi, dan watak-wataknya.

BACA:  Klip Promo SNOWPIERCER Paparkan Aksi Yang Penuh Mendebarkan

Permainan ini berkisarkan tentang dua survivor, Joel dan Ellie, seorang gadis muda dan mempunyai keupayaan diri, mengembara di dunia yang telah berubah secara radikal. Ditetapkan 20 tahun selepas tersebarnya virus merbahaya, kedua-dua mereka perlu mencari jalan dalam usaha untuk selama dipersekitaran yang cukup menakutkan. The Last of Us membawa pemain meneroka tema survival, kesetiaan, percintaan dan perubahan emosi ketika ekspedisi merentasi Amerika Syarikat selepas tersebar wabak.

The Last of Us telah terjual lebih 17 juta salinan dan berjaya memenangi beberapa anugerah termasuklah beberapa anugerah Permainan Video Terbaik. Selepas hampir 7 tahun dilancarkan, permainan video ini menjadi salah satu permainan video yang hebat pernah dihasilkan. Sekuel The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 29 Mei ini.

Siri adaptasi ini akan berkisarkan tentang peristiwa yang berlaku pada permainan video pertama dengan kemungkinan penambahan beberapa bahan berdasarkan sekuel permainan. Craig Mazin dan penulis permainan video serta pengarah kreatif, Neil Druckman akan bekerjasama menulis skrip siri ini. Mazin akan menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Carolyn Strauss dan Presiden Naughty Dog, Evan Wells. Projek ini diterbitkan secara bersama diantara Sony Pictures Televisyen dan PlayStation Productions.

BACA:  Netflix Announces Exclusive Jay Chou Reality Series J-Style Trip

Tinggalkan Balasan

shares