Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

HBO Bangunkan Sekuel “A Time to Kill”, Matthew McConaughey Kembali Bawa Watak Utama

HBO dilaporkan sedang membangunkan minisiri “A Time For Mercy“, adaptasi dari novel berjudul sama karya John Grisham, lapor Deadline.

Novel “A Time for Mercy” merupakan sekuel kepada “A Time to Kill“, yang mana kedua-dua novel itu berpusat pada peguam Jake Brigance. “A Time to Kill” pernah dihasilkan dalam bentuk filem pada tahun 1996 dan dibintangi Matthew McConaughey sebagai watak utama. 

McConaughey kini sedang dalam rundingan akhir dengan rangkaian HBO untuk kembali meneruskan peranannya sebagai Jake Brigance.

Projek terbaru itu akan mengandungi lapan hingga sepuluh episod dengan Lorenzo di Bonaventura bersedia untuk menjadi penerbit. Menurut sumber, HBO kini sedang mengatur pertemuan dengan beberapa penulis yang berpotensi untuk terlibat dalam projek akan datang.

Berdasarkan novel karya Grisham tahun 1989, “A Time to Kill” arahan Joel Schumacher adalah filem drama jenayah yang mengikuti kisah peguam muda yang membela seorang lelaki kulit hitam yang dituduh membunuh dua lelaki kulit putih yang merogol anak perempuannya yang berusia sepuluh tahun. 

“A Time to Kill”, yang mengangkat status McConaughey sebagai pelakon kelas-A, turut dibintangi Sandra Bullock dan Samuel L. Jackson bersama Kiefer dan Donald Sutherland.

Novel sekuel “A Time for Mercy” telah diterbitkan pada tahun lalu, dan mengikuti kisah Brigance yang dilantik menjadi peguam kepada Drew Gamble, seorang pemuda pemalu berusia enam belas tahun yang dituduh membunuh seorang polis tempatan. Ketika perbicaraan, dia mengentahui pekara sebenar, dan komitmen untuk menyelamatkan Gamble meletakkan karier dan keluarganya dalam bahaya. 

Related posts

ADVENTURE SERIES RUNNING WILD WITH BEAR GRYLLS RETURNS FOR A SIXTH SEASON ON NATIONAL GEOGRAPHIC

Zulaikha

HBO’s sketch comedy series A Black Lady Sketch Show returns 24 April exclusively on HBO GO

Isqandar

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang Pernah Dibuat … Hanya Untuk Satu Musim

Kakimuvee

Pandangan Pertama Bennet, Cameron & Perrault Sebagai Powerpuff Girl

Kakimuvee

Cartoon Network Bawa Pengembaraan Galaksi Luar Biasa Dalam Siri Baharu Elliott From Earth

Kakimuvee