Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

HBO Bakal Terbitkan Prekuel Game of Thrones

Sementara para pelakon dan krew produksi menyelesaikan proses penggambaran musim terakhir Game of Thrones, HBO mengumumkan yang mereka bakal menghasilkan prekuel siri televisyen terkenal itu.

Pilot prekuel tersebut bakal dihasilkan oleh penulis serta penerbti eksekutif George R.R. Martin dan penulis Jane Goldman. Prekuel berkenaan akan bertempat beberapa ratus tahun sebelum berlakunya event Game of Throne. 

Goldman juga akan bertindak selaku ‘showrunner’ siri televisyen terbaru itu serta menjadi penerbit eksekutif bersama-sama R.R Martin, Vince Gerardis serta Daniel Zelman.

Advertising

Projek terbaru ini merupakan salah satu daripada 5 prekuel Game of Thrones yang sedang dibangunkan oleh HBO. Selain itu juga, 5 penulis lakonlayar bakal menyertai Martin untuk menulis 5 spinoff dari siri televisyen popular itu.

HBO meletakkan target untuk terbitkan pilot prekuel Game of Thrones pada tahun 2020 ini.

Sumber: Comingsoon.net

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Marvel Dedah Gambar Terbaru “The Falcon and the Winter Soldier”

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Hawkeye” Papar Aksi Kejar-Mengejar Dengan Tracksuit Mafia

Kakimuvee

HBO Max Bakal Hasilkan Siri “Constantine”

Kakimuvee

Produksi Musim Ke-3 “The Umbrella Academy” Telahpun Bermula

Kakimuvee

[Trailer] Siri Prasekolah Original Netflix Akan Ditayangkan Pada Mac 2021

Zulaikha

Leave a Comment