Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hayley Atwell Sertai Barisan Pelakon Mission: Impossible 7

Bintang Marvel Cinematic Universe,  Hayley Atwell disahkan telah menyertai barisan pelakon filem Mission: Impossible 7.  Pekara tersebut disahkan oleh pengarah Christopher McQuarrie menerusi pengumuman yang dibuat dilaman Instagram miliknya.

Buat masa ini, peranan yang dilakonkan oleh Atwell masih lagi tidak diketahui. Filem ketujuh dalam francais Mission: Impossible itu akan menyaksikan Tom Cruise kembali meneruskan wataknya sebagai Ethan Hunt. Beberapa pelakon seperti Rebecca Ferguson, Simon Pegg dan Ving Rhames turut dilaporkan akan kembali meneruskan watak masing-masing.





Kejayaan dua filem Mission: Impossible sebelum ini menyaksikan, pengarah Christopher McQuarrie diberi kepercayaan oleh Paramount Pictures untuk menulis dan mengarahkan dua lagi filem Mission: Impossible akan datang.

Francais Mission: Impossible kini sudah berusia 25 tahun dan sudah memiliki 6 buah filem. Filem terbaru Fallout telah menerima maklumbalas yang cukup positif dari para pengkritik dan peminat, serta berjaya meraih $790 juta dolar seluruh dunia.

Mission: Impossible 7 dijangka akan menemui penonton pada 23 Julai 2021

https://www.instagram.com/p/B2Fl_JOA_bZ/?utm_source=ig_web_copy_link




Related posts

Matt Reeves Dedah Kenapa Dia Tolak Skrip Yang Ditulis Oleh Ben Affleck

Kakimuvee

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Asia

Kakimuvee

Bintang “Ant-Man 3” Evangeline Lilly Dikecam Kerana Menentang Mandat Vaksin

Kakimuvee

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman