You are here Home » Hayley Atwell Sahkan Bakal Memainkan Peranan Utama Dalam Filem Mission: Impossible 7 & 8

Hayley Atwell Sahkan Bakal Memainkan Peranan Utama Dalam Filem Mission: Impossible 7 & 8

Sumber gambar: Screen Rant

Minggu lalu, pengarah Chris McQuarrie telah mengumumkan penglibatan Hayley Atwell dalam francais Mission: Impossible, dan kini bintang filem Captain America: The First Avengers itu mendedahkan bahawa dia bukan sahaja muncul dalam filem Mission: Impossible 7, malah akan turut membuat penampilan dalam filem Mission: Impossible 8 sebagai watak utama.

Pekara tersebut didedahkan menerusi laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

I had a go at a ‘photo grid’ in an attempt to display some tech-savvy-millennial skills. For those of you who don’t know, this involves nine separate posts loaded one at a time which only come together as a complete image when someone views the profile page. Some of the comments were of the ‘wot-is-goin-on-u-can’t-frame-a-picture, mate’ variety SO, to ease the confusion, here is my news in one post….. I’m thrilled to have joined @tomcruise and @christophermcquarrie for the next TWO Mission Impossible movies. To have gone from a classical play in the west-end to an audio book recording of a great new novel to a Disney/Marvel animation and now the female lead in a huge action franchise is the kind of variety that fuels my curiosity and keeps me learning and striving to be better and do better. I can’t wait to start sharing this adventure with you. Mostly in the form of effusive, sweaty ranting about stunt training while spontaneously vomiting with excitement/exhaustion. Lucky you. 🕺

A post shared by Hayley Atwell (@wellhayley) on

 “…I’m thrilled to have joined @tomcruise and @christophermcquarrie for the next TWO Mission Impossible movies. To have gone from a classical play in the west-end to an audio book recording of a great new novel to a Disney/Marvel animation and now the female lead in a huge action franchise is the kind of variety that fuels my curiosity and keeps me learning and striving to be better and do better. I can’t wait to start sharing this adventure with you. Mostly in the form of effusive, sweaty ranting about stunt training while spontaneously vomiting with excitement/exhaustion. Lucky you.

Buat masa ini, peranan yang dilakonkan oleh Atwell masih lagi tidak diketahui. Filem ketujuh dalam francais Mission: Impossible itu akan menyaksikan Tom Cruise kembali meneruskan wataknya sebagai Ethan Hunt. Beberapa pelakon seperti Rebecca Ferguson, Simon Pegg dan Ving Rhames turut dilaporkan akan kembali meneruskan watak masing-masing.

Kejayaan dua filem Mission: Impossible sebelum ini menyaksikan, pengarah Christopher McQuarrie diberi kepercayaan oleh Paramount Pictures untuk menulis dan mengarahkan dua lagi filem Mission: Impossible akan datang.

Francais Mission: Impossible kini sudah berusia 25 tahun dan sudah memiliki 6 buah filem. Filem terbaru Fallout telah menerima maklumbalas yang cukup positif dari para pengkritik dan peminat, serta berjaya meraih $790 juta dolar seluruh dunia.

Mission: Impossible 7 dijangka akan menemui penonton pada 23 Julai 2021, manakala Mission: Impossible 8 pada 5 Ogos 2022.

BACA:  Ryan Reynolds Jelaskan Kenapa Deadpool Tidak Selamatkan Semua Orang
Loading...