Siri TV

Hayden Christensen Dikhabarkan Akan Kembali Sebagai Anakin Skywalker Untuk Siri OBI-WAN KENOBI

Views

Selepas muncul sebagai Jedi Master Obi-Wan Kenobi dalam trilogi prekuel Star Wars, pelakon Ewan McGregor kini sedang bersiap sedia untuk meneruskan kembali peranannya dalam siri 'live action' Obi Wan Kenobi untuk Disney+.

Namun, kepulangan McGregor ke francais Star Wars ibarat tidak lengkap tanpa seorang lagi pelakon utama trilogi prekuel Star Wars, iaitu Hayden Christensen.

Menurut sumbar dari laman LRM, Christensen kini sedang dalam rundingan untuk muncul dalam siri akan datang, bagaimanapun tidak dinyatakan peranan yang akan dibawa pelakon tersebut.

Christensen memainkan peranan sebagai Anakin Skywalker dalam trilogi prekuel Star Wars, sebelum berubah menjadi Darth Vader pada penghujung filem Revenge of the Sith. Pelakon tersebut membuat penampilan pendek dalam filem The Rise of Skywalker sebagai salah satu suara Jedi yang bercakap kepada Rey ketika babak pertarungan akhir.

Apapun, penglibatan Christensen dalam siri Obi-Wan Kenobi masih lagi dianggap khabar angin dan peminat perlu menantikan pengumuman rasmi dari Lucasfilm.

Produksi Obi-Wan Kenobi buat masa ini terhenti akibat pandemik COVID-19, tetapi dijangkakan penggambaran akan kembali bersambung tidak lama lagi. Pengarah The Mandalorian, Deboran Chow diberi tanggungjawab untuk menerajui siri 6 episod ini.

Jadi kepada para peminat Star Wars, adakah anda mahu Christensen kembali sebagai Anakin Skywalker dalam siri ini? atau sebagai Darth Vader? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks