Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hawkeye Atau Ronin? Jeremy Renner Dedahkan Kostumnya Dalam Gambar Terbaru “BTS” Avengers 4

Penampilan Clint Barton dalam Avengers 4 menjadi tanda tanya dikalangan peminat-peminat filem Marvel. Ada yang mengatakan bahawa Clint Barton akan meninggalkan mantle Hawkeye dan menggunakan gelaran baru yang dikenali sebagai Ronin.

Dalam versi komik, Clint Barton pernah menggunakan mantle Ronin selepas event Civil War dan menyertai New Avengers. Berdasarkan dari komik serta beberapa gambar “behind the scene” di set penggambaran Avengers 4, kebanyakkan peminat mula menjangkakan, watak tersebut tidak lagi menggunakan gelaran Hawkeye.

Namun satu gambar yang dikongsi oleh pelakon tersebut dilaman Instagram menunjukan sebaliknya. Walaupun sekadar bayangan, jelas kelihatan anak panah dibelakang badannya berserta hastag #Hawkeye. Adakah Clint Barton masih mengekalkan status Hawkeye dalam filem keempat Avengers itu ataupun penggunaan gelaran Ronin hanya sementara sahaja sebelum menggunakan kembali gelaran Hawkeye?

https://www.instagram.com/p/BcnaI5hhlZq/?taken-by=renner4real

Setakat ini, penampilan Clint Barton dalam Avengers: Infinity War tidak dapat dipastikan lagi cuma, wataknya disahkan akan terlibat dalam Avengers 4. Apapun kita nantikan perkembangan terbaru mengenai filem Avengers 4 dimasa akan datang.

Related posts

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

Leave a Comment