Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Haunted House On The Hill


x-default

Genre: Thriller Seram
Pengarah: Alexander Babaev
Penerbit:
Pelakon: Michael Johnston, Margaret Judson, Devin Goodsell, Mark Furze
Edaran: Rainfilm Sdn Bhd.
Durasi Filem: 1 Jam 21 minit

Berpindah ke sebuah rumah lama yang terletak diatas bukit dan terasing dari kawasan kejiranan adalah bukan sesuatu yang ideal bagi yang mencari tempat tinggal. Namun tidak bagi Emily yang terpaksa berpindah ke rumah tersebut bagi memudahkan dia untuk membawa adiknya yang lumpuh ke institusi perubatan yang terletak berdekatan dengan rumah tersebut.

Dengan bantuan beberapa rakannya dan juga teman lelaki Emily, mereka membersihkan rumah yang baru diduduki oleh mereka itu. Namun semasa dalam proses membersihkan rumah tersebut, mereka mendapati, banyak simbol-simbol pemujaan syaitan berada dalam rumah tersebut.

image

Tidak mengendahkan apa yang dilakukan oleh penghuni sebelum ini, mereka mula menanggalkan apa sahaja simbol pemujaan yang terdapat pada dinding rumah dan membuangnya tanpa mengentahui sekumpulan kuasa jahat sedang menunggu masa untuk masuk dan membunuh penghuni dalam rumah tersebut.

Tiada apa yang menarik ketika menonton filem ini. Jalan cerita yang sangat straight foward, manusia masuk kedalam rumah, dirasuk dan dibunuh oleh hantu dan tidak banyak aksi suspen seperti kebanyakkan filem seram masa kini. Bagi yang suka babak-babak mengelikan seperti menarik besi yang tertusuk mata, perut yang ditoreh dengan pisau, filem ini sangat sesuai untuk anda.


Selain dari cinematography yang biasa, penata bunyi filem ini juga sangat membingitkan. Tidak pasti samada panggung wayang menghadapi masalah sound sistem ataupun datangnya dari filem itu sendiri. Kami rasakan mungkin filem ini berbudget rendah apabila melihat kualiti filem ini.

Secara keseluruhan, rating yang kami boleh bagi hanyalah 1.5 dari 5 bintang. Oh ye dipenghujung cerita nanti, pasti anda akan tertanya-tanya bagaimana Emily yang berkerusi roda boleh turun tangga yang tinggi dengan mudah.

http://youtu.be/qApiVj7muQk