Slot Tempatan

Hasilkan Filem Pendek & Memenangi Wang Tunai Serta Hadiah Yang Bernilai RM50,000.

Views

Siaran Media:

Setiap orang pasti memiliki pengalaman yang istimewa dalam kehidupan mereka. Tiba masanya pengalaman tersebut dirakamkan dan dijadikan sebuah filem yang dapat dikongsikan dengan masyarakat. Buat pertama kalinya pertandingan "Movie Makers" ini diadakkan di Malaysia dan dianjurkan oleh mm2 Entertainment Malaysia serta penganjur khas oleh Dropbox X Fedelis. Aktiviti ini diadakan bertujuaan  untuk mencari pengarah filem tempatan yang baru dengan memberi satu saluran yang terbaik untuk menonjolkan bakat mereka hingga ke layar perak.

Tiga filem pendek yang terbaik dan luar biasa akan dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan "Movie Makers" ini dan mereka akan membawa pulang wang tunai dan hadiah yang bernilai RM50,000, termasuk kamera Profesional Canon berserta Profesional Akaun Dropbox dan Fedelis selama setahun. Di samping itu, salah seorang pemenang juga akan dipilih untuk menandatangani kontrak bersama pengarah filem yang popular di Malaysia. Penganjur pertandingan ini juga akan meneruskan membincangkan selanjutnya tentang kontrak itu dengan pemenang tersebut.

Sertai pertandingan ini sekarang dengan syarat anda salah seorang wargnegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, jangka masa filem mesti TIDAK melebihi 15 minit, bahasa dan tema adalah terbuka serta dirangkumi sari kata Bahasa Inggeris. Pertandingan filem pendek “Movie Markers” ini akan bermula dari 18 Ogos 2020 sehingga 9 Oktober 2020. 

Pihak penganjur akan menjemput lima orang yang profesional dalam industri filem Malaysia seperti penerbit, penyunting filem, penulis skrip dan pengarah sebagai para juri pertandingan tersebut. Para juri akan ditugaskan untuk membuat penilaian filem pendek yang dihasilkan oleh peserta berdasarkan perspektif yang berbeza. Para juri tersebut seperti Penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai yang telah menghasilkan lebih daripada 70 filem termasuk Hantu Kak Limah, J Revolusi dan banyak lagi, Razaisyam Rashid yang pernah menerima Anugerah Penyunting Filem dengan karyanya seperti Pusaka dan CEO, Penulis skrip  Mira Mustaffa yang menghasilkan penulisan yang luar biasa seperti filem Sangkar dan Pulang, pengarah Chiu Keng Guan yang pernah mencatat rekod kutipan jualan tiket filem seperti The Journey dan Ola Bola dan Tan Chui Mui yang merupakan seorang pengarah filem tempatan yang bertemakan karya bebas turut memenangi Anugerah Gelombang Baru di Festival Filem Busan ke-11 bagi filem pertamanya Love Conquers All.

Buat pengetahuan anda, kali ini salah seorang pengarah iklan komersial yang terkenal Malaysia, Quek Shio Chuan akan menjadi  duta  rasmi bagi pertandingan "Movie Makers". Beliau berkata: "Saya amat teruja kerana terpilih untuk menjadi duta pertandingan “Movie Makers”. Sekali gus dapat melibatkan diri dalam  mempromosikan aktiviti ini. Pertandingan ini  juga bagus kerana dapat memberi peluang dan saluran yang terbaik khususnya kepada para pengarah tempatan yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang pembikinan filem”. Quek Shio Chuan turut ditanya tentang inspirasi filemnya dan beliau berkata: "Saya amat suka sukan berbasikal dan saya aktif melakukan aktiviti ini setiap hari. Oleh itu, inspirasi filem saya kebanyakkan datang semasa saya berbasikal."

Menarik juga tentang pertandingan ini pihak pengajur akan mengadakan seminar secara talian bersama peserta untuk berkongsikan tentang penulisan skrip yang baik dan pengetahuan asas tentang pengarahan filem profesional. Ini bertujuan untuk melatih dan persiapan kepada bakal pengarah pada akan datang. Kemungkinan besar Anugerah "Movie Makers" ini akan dianjurkan dengan cara yang berlainan kerana pandemik COVID19 masih berleluasa di Malaysia. Akhirnya sekali, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh layari laman portal rasmi, Movie Makers Malaysia 2020 dan dapatkan maklumat lanjut di sana.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari https://www.facebook.com/Movie-Makers-Malaysia-2020-107249864383398

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks