Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hasbro Sahkan Bumblebee Adalah Filem Reboot Francais Transformers


Peminat-peminat filem Transformers yang ‘pening’ dengan filem Bumblebee kini boleh melupakan kaitan diantara filem arahan Travis Knight itu dengan filem-filem Transformers versi Michael Bay.

Ketika di kovensyen New York Toy Fair 2019 baru-baru ini, Hasbro selaku pemegang hak Transformers mengumumkan secara rasmi Bumblebee adalah filem ‘reboot’ francais Transformers dan menjadi filem pertama untuk dunia baru Transformers.

Bumblebee yang ditayangkan pada Disember tahun lepas dianggap sebagai filem spin off / prekuel kepada francais Transformers arahan Michael Bay. Namun filem tersebut mengundang persoalan peminat yang melihat Bumblebee agak berbeza dengan versi Michael Bay baik dari segi jalan cerita dan ‘origin’ robot utama filem tersebut iaitu Bumblebee.

Dengan pengumuman dunia sinematik Transformers yang baru ini, peminat-peminat tegar karakter robot tersebut pasti bergembira dan tidak sabar menantikan filem seterusnya.

Walaupun Bumblebee tidak mampu mengatasi rekod kutipan filem-filem Transformers arahan Michael Bay dengan kutipan hanya $458 juta dolar seluruh dunia, ia berjaya menerima kritikan positif dari para pengkritik profesional dan juga pemina-peminat tegar Transformers.



Related posts

Trailer ‘Transformers: Rise of the Beasts’ Pratonton Filem Blockbuster Terbaru Transformers

Kakimuvee

Trailer & Poster Pertama “Transformers: Rise of the Beasts” Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Steven Spielberg Nasihat Michael Bay Untuk Berhenti Dari Hasilkan Filem “Transformers”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee