Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hasbro Dan Paramount Pictures Bakal Hasilkan Filem Terbaru Power Rangers


Berita baik buat peminat-peminat Power Rangers. Berkemungkinan besar, kekecewaan menonton filem Power Rangers (2017) bakal dapat diubati selepas syarikat pengeluar mainan Hasbro dan studio Paramount Pictures akan bekerjasama menghasilkan filem terbaru Power Rangers.

Ketika membentangkan prestasi kewangan syarikat pengeluar mainan itu, CEO Hasbro, Brian Goldner mendedahkan Hasbro dan Paramount Pictures sedang berbincang tentang filem terbaru tersebut. Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai perancangan mereka, tetapi disebabkan kedua-dua syarikat itu telahpun bekerjasama dalam penghasilkan francais G.I Joe dan Transformers, penghasilan filem baru Power Rangers dapat direalisasikan.

Hasbro sebelum ini berjaya mendapat hak Power Rangers dari Saban Properties dengan kos sebanyak $522 juta dolar. Antara penjanjian tersebut, Hasbro bukan saja mendapat hak penghasilan figura Power Rangers, malah syarikat tersebut boleh menggunakanya untuk menghasilkan filem dan siri televisyen.

Kepada peminat-peminat Power Rangers, adakah anda berminat dengan filem terbaru Power Rangers terbitan Hasbro dan Paramount Pictures?


Related posts

Tonton Peranan Terakhir David Frank Dalam Teaser Legend of the White Dragon

Kakimuvee

Ikon Power Rangers Jason David Frank Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Kakimuvee

Pelakon Asal “Mighty Morphin Power Rangers” Kembali Bersatu Dalam Acara Ulangtahun Ke-30

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee