Syarikat pengedar filem, Paramount dilaporkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat pengedar mainan, Hasbro untuk tempoh masa 5 tahun lagi. Kedua-dua syarikat sebelum ini pernah berkerjasama dengan menerbitkan 5 filem Transformers serta dua filem G.I.Joe termasuk filem akan datang iaitu Bumblebee yang akan ditayangkan Disember tahun hadapan.
Hasbro sebelum ini telah menubuhkan syarikat Allspark Pictures dan Allspark Animation yang mana mereka akan menerbitkan filem live-action serta animasi yang berdasarkan permainan keluaran Hasbro dan Paramount akan bertindak selaku pengedar kepada filem-filem tersebut.
Selain memiliki patung Transformers dan G.I Joe, Hasbro memiliki banyak permainan yang boleh dijadikan filem atau animasi. Terbaru mereka telah menerbitkan filem animasi My Little Pony dan filem muzikal fantasi Jem and the Holograms.
Dengan penjanjian terbaru ini, adakah kita bakal menyaksikan crossover diantara Transformers dan G.I. Joe dalam filem akan datang? kita tunggu perancangan filem dari kedua-dua syarikat ini nanti.