Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Haruka Abe Sertai Barisan Pelakon Snake Eyes


Filem spin off G.I. Joe, Snake Eyes terbitan Paramount Pictures telah menambah seorang lagi pelakon baru iaitu Haruka Abe (47 Ronin, Cyberbully).

Setakat ini peranan yang bakal dibawa oleh Abe masih belum diketahui. Bagaiamanapun, terdapat kemungkinan dia akan membawakan peranan pahlawan Cobra iaitu Jinx. Aktres itu akan menyertai Henry Golding yang akan memainkan peranan sebagai Snake Eyes, Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness dan Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes.

Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini, manakala skrip ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ianya akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

Produksi dijangka akan bermula pada musim luruh ini bertempat di Vancouver dan kemudiannya di Tokyo, Jepun.

Setakat ini, tarikh tayangan filem Snake Eyes masih belum diketahui.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Kutipan “The Suicide Squad” Pada Minggu Pertama Tayangan Sedikit Mengecewakan

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

15 Pelakon Aksi Wanita Paling Hebat Dalam Sejarah Hollywood

Kakimuvee