Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Harrison Ford Mengalami Kecederaan Di Set Penggambaran “Indiana Jones 5”

Pelakon Harrison Ford dilaporkan mengalami kecederaan di set penggambaran Indiana Jones 5.

Menurut Deadline, Ford mengalami kecederaan bahu ketika berlatih untuk salah satu babak pertarungan filem ini. Maklumat lanjut mengenai tahap kecederaan pelakon berusia 78 tahun itu masih belum didedahkan. Penggambaran ansuran kelima Indiana Jones bagaimanapun tetap diteruskan, sementara Ford menerima rawatan dan pulih dari kecederaan. 

Dalam latihan untuk adegan pertarungan, Harrison Ford mengalami kecederaan yang melibatkan bahunya,” seorang wakil Disney berkata dalam satu kenyataan. “Penggambaran akan diteruskan sementara proses perawatan yang tepat dinilai, dan jadual penggambaran akan disusun semula, mengikut kesesuaian dalam beberapa minggu akan datang.”

Ini bukan kali pertama Ford mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran. Semasa produksi Star Wars: The Force Awakens pada tahun 2014, Ford mengalami kecederaan kaki yang serius disebabkan oleh kemalangan di set Millenium Falcon. Yang lain adalah semasa produksi Blade Runner 2049 pada tahun 2016, di mana dia mengalami kecederaan tangan selepas secara tidak sengaja memberi pukulan sebenar kepada Ryan Gosling.

Indiana Jones 5 menyaksikan kepulangan Harrison Ford yang akan mengulangi salah satu peranannya yang paling ikonik iaitu sebagai penggembara legenda Dr. Henry “Indiana” Jones Jr. Ansuran terakhir ini juga turut diterajui oleh pemenang anugerah Emmy dan Golden Globe, Phoebe Waller-Bridge, yang akan memainkan peranan wanita utama disamping Ford. Turut menyertai barisan pelakon adalah Mads Mikkelsen, Thomas Kretschmann, Boyd Holbrook, dan Shaunette Renée Wilson.

Filem ini diarahkan oleh James Mangold (Logan) yang turut menulis lakonlayar bersama rakannya dari filem Ford v Ferrari, Jez dan John-Henry Butterworth. Mangold mengambil-alih kerusi pengarahan selepas Steven Spielberg mengumumkan pengundurannya dari projek filem ini pada tahun lalu. Bagaimanapun, Spielberg masih kekal sebagai penerbit. 

Indiana Jones 5 diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, pencipta francais Steven Spielberg, Frank Marshall dan Simon Emanuel dengan John Williams kembali menulis skor untuk filem ini. 

Lucasfilm menetapkan tarikh tayangan Indiana Jones 5 pada 29 Julai 2022.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment