Berita

Harrison Ford Dedahkan Tarikh Penggambaran INDIANA JONES 5

Views

Awal bulan ini, Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy mengesahkan bahawa filem kelima francais blockbuster Indiana Jones akan menjadi kesinambungan daripada filem sebelumnya, menampilkan kembalinya Harrison Ford sebagai watak utama, arkeologis terhebat dalam sejarah.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan CBS Sunday Morning, bekas calon Anugerah Akademi itu akhirnya membuka bicara tentang penglibatannya dalam filem Indiana Jones 5, mendedahkan bahawa filem itu akan memulakan penggambaran dalam tempoh dua bulan ini, sebelum ia menemui penonton pada 9 Julai, 2021 .

“I’m always delighted to come back to these characters,”

“You know, when we have the opportunity to make another it’s because people have enjoyed them. I feel obliged to make sure that our efforts are as ambitious as they were when we started. You have a sense of responsibility to your customers.”

“[I think] of the people that go to my movies more as customers than I do as fans. Fans feels kind of weird to me, but always has. But the fact that these people support my business and I’m responsible to them for the quality of the service that I offer, that feels better to me.”

Indiana Jones 5 telah memulakan pembangunannya sejak 2016 bersama Steven Spielberg, yang juga merupakan pengarah kesemua filem sebelumnya. Spielberg dijangka kembali mengarahkan filem terbaru berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Koepp.

BACA:  VENOM 2: Pandangan Terbaru Cletus Kasady aka Carnage Telah Didedahkan!

Watak arkeologis Dr. Henry Walton “Indiana” Jones mula diperkenalkan dalam filem Raiders of the Lost Ark pada tahun 1981, dan meneruskan penggembaraannya menerusi filem Indiana Jones and the Temple of Doom (1984), Indiana Jones and the Last Crusade (1989) dan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008). Keseluruhan francais telah memberi pulangan lebih $2 billion dolar seluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

shares