Official Trailer

Harley Quinn Mengetuai Krewnya Dalam Trailer Terbaru Siri DC Universe

Views

DC Universe telah melancarkan trailer terbaru siri animasi akan datang Harley Quinn yang menampilkan penjahat Harley Quinn dan Poison Ivy sedang mencari krew untuk kumpulan mereka. Siri ini akan mula disiarkan pada 29 November ini. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Bintang sitkom Big Bang Theory, Kaley Cuoco menyumbangkan suara untuk watak utama Harley Quinn. Dia turut disertai Lake Bell sebagai Poison Ivy, Alan Tudyk sebagai Joker, Ron Funches sebagai King Shark, JB Smoove sebagai Frank the Plant, Jason Alexander sebagai Sy Borgman, Wanda Syke sebagai Queen of Fables, Giancarlo Esposito sebagai Lex Luthor, Natalie Morales, Jim Rash sebagai Riddler, Diedrich Bader sebagai Batman, Tony Hale sebagai Dr. Psycho, Chris Meloni sebagai Commissioner Gordon, Rahul Kohli sebagai Scarecrow, Sanaa Lathan sebagai Catwoman, Vanessa Marshall sebagai Wonder Woman dan Jacob Tremblay sebagai Robin.

Siri ini akan mengisahkan penggembaraan Harley Quinn selepas berpisah dengan Joker. Ia akan memberi fokus kepada Harley bersama-sama dengan Poison Ivy dan beberapa karakter DC yang lain dimana mereka cuba membantu antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat di meja paling besar dalam organisasi villain, iaitu Legion of the Doom.

Cuoco turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Justin Halpern, Patrick Schumacker, dan Dean Lorey. Harley Quinn akan disiarkan di platform penstriman video DC Universe.

BACA:  Trailer Terbaru Watchmen Telah Dilancarkan

Tinggalkan Balasan

shares