Trivia

Hari Ini Dalam Sejarah, IRON MAN Telah Dilancarkan & Menjadi Permulaan Marvel Cinematic Universe

Views

Pada 2 Mei 2008, Iron Man telah dilancarkan. Dianggap sebagai filem superhero gred B pada masa itu, tiada harapan tinggi telah diberikan, tetapi memberi treler yang mengagumkan – dengan beberapa kesan khas yang mengagumkan sehingga membantu meningkatkan minat penonton.

Dengan Robert Downey Jr. yang memainkan peranan utama dan dibintangi nama-nama besar pada waktu itu seperti Gwyneth Paltrow dan Terrence Howard, ia memberi sesuatu yang mengejutkan – ulasan positif dan kutipan minggu pembukaan yang cukup luar biasa.

Setelah menjana $3.5 juta dolar pada malam pembukaan pratonton pada 1 Mei, Iron Man mengejutkan banyak pihak dengan memperoleh $35.2 juta pada hari pembukaan dan kutipan minggu pertama yang menakjubkan sebanyak $ 98.6 juta (yang mungkin kelihatan kecil pada hari ini tetapi, pada masa itu, ia adalah antara kutipan minggu pembukaan terbesar).

Selepas lama ditayangkan dipawagam, Iron Man akhirnya memperoleh $585 juta dolar dipentas box office seluruh dunia, sekaligus menjamin sekuelnya yang ditayangkan dua tahun kemudian.

Namun, pada tahun yang sama, The incredible Hulk turut masuk ke pawagam, tetapi perbezaan diantara kedua-dua filem itu sangat ketara. Filem Jade Giant itu gagal mendapat ulasan positif dan hanya menjana $264.8 juta pada saat itu.

BACA:  Jenis-Jenis Zombi Yang Anda Lihat Dalam Filem

Mujur, kejayaan filem solo pertama Iron Man itu sudah cukup untuk memastikan perjalanan Marvel Cinematic Universe berterusan, dan perancangan mereka berterusan dengan perancangan karakter-karakter baru seperti Captain America dan Thor.

Perancangan asal adalah untuk melancarkan The Avengers pada 2011, dan sementara idea mula dikembangkan untuk menjadi gelombang pertama cerita yang kita kenali sebagai “Infinity Saga”, Iron Man masih lagi menjadi fokus utama dalam dunia MCU. Downey bahkan muncul dalam adegan pasca-kredit The Incredible Hulk, mengatur pentas untuk versi The Avengers yang akan menyaksikan pasukan superhero bertempur dengan The Hulk.

Selepas bertahun berlalu, Iron Man menjadi penting dalam MCU dan menjadi faktor penyumbang kutipan Box Office yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa.

Kevin Fiege pernah berkata “Saya fikir mereka semua mempunyai potensi yang luar biasa, tetapi tujuannya adalah menyampaikan dua filem ini, dan membuat filem Iron Man sebaik mungkin, dan membuat versi terbaik Hulk. Bukan, ‘Ini adalah yang pertama dari 22- saga sinematik filem. ‘”

Apa yang pasti, kemunculan Nick Fury yang menyebut “Avengers Initiative” memastikan bahawa, tiada studio yang mampu mencipta dunia sinematik yang sangat berjaya seperti ini.

BACA:  "Suspicious Partner,” “Pinocchio,” “Master’s Sun,” Antara K-Drama Yang Boleh Ditonton Secara Percuma Di VIKI

Sumber: Comicbookmovie.com

Tinggalkan Balasan

shares