Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Disney, Pixar, Star Wars, Marvel dan National Geographic bersama-sama dengan “The Simpsons”, Bakal Menampilkan Kandungan Baharu serta Program Eksklusif menerusi Platform Disney+ Hotstar Jangan Ketinggalan untuk Menyertai Acara Sambutan Khas Peminat Merentasi Seluruh Syarikat ini di Peringkat Global

Siaran Media

Sambutan Hari Disney+ Hotstar bakal tiba di Malaysia pada 12 November, sekali gus membawakan sambutan global Hari Disney+ bersama The Walt Disney Company ke rantau ini! Seiring dengan sambutan ini, pelanggan Disney+ Hotstar akan disajikan dengan kandungan baharu daripada jenama-jenama ikonik, iaitu Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, dan Star dari pasaran antarabangsanya, selain persembahan khas menerusi Disney+ Hotstar serta gambaran sepintas lalu tentang barisan program yang akan datang. Selain itu, Disney+ bakal melebarkan sayapnya ke pasaran-pasaran Asia Pasifik baharu pada 12 November, membawa keceriaan kepada lebih penonton di seluruh dunia!

Bagi membangkitkan kemeriahan sambutan, Disney Parks and Resorts di seluruh dunia dan Disney Cruise Line akan membentangkan permaidani biru untuk para peminat dengan beberapa kejutan manis termasuk peluang bergambar dan berinteraksi dengan watak-watak Disney, dan sebagainya. Di samping itu, shopDisney.com akan menyajikan pelbagai tawaran istimewa, dan pelbagai program rangkaian TV serta siri sindiket akan turut menyertai sambutan tersebut bersama bakat-bakat dan siri-siri daripada ABC, Disney Channel, ESPN dan ESPN+, Freeform, FX, Hulu, National Geographic di A.S., serta saluran-saluran milikan syarikat berkenaan di luar negara.

Kandungan Perdana Hari Disney+ Hotstar daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, dan National Geographic

Hari Disney+ Hotstar akan menampilkan kandungan perdana daripada semua jenama utamanya termasuk:

  • Penstriman perdana “Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings” oleh Marvel Studios
  • “Jungle Cruise”, sebuah filem pengembaraan Disney yang mesra keluarga
  • Filem Disney+ Original baharu, “Home Sweet Home Alone” yang mengolah semula francais popular berkenaan
  • “Olaf Presents”, iaitu siri original pendek baharu oleh Walt Disney Animation Studios, yang memaparkan beberapa kisah klasik Disney yang diceritakan semula oleh orang salji Frozen yang digemari ramai
  • Filem pendek animasi “Ciao Alberto” daripada Pixar, menampilkan watak-watak daripada filem “Luca” yang merupakan filem animasi hangat musim panas ini
  • Filem pendek baharu daripada The Simpsons yang mengiktiraf kehebatan jenama-jenama utama Disney+
  • Lima episod pertama daripada musim 2 “The World According to Jeff Goldblum” daripada National Geographic
  • Sebuah rancangan khusus yang meraikan asal usul dan legasi pemburu bayaran legenda Star Wars bernama Boba Fett
  • Sebuah rancangan khusus yang meraikan Marvel Cinematic Universe di Disney+ Hotstar yang memberikan gambaran sepintas lalu tentang program-program akan datang
  • “Dopesick”, sebuah siri original dibintangi Michael Keaton, yang bakal dilancarkan di pasaran antarabangsa sebagai sebahagian daripada tawaran kandungan hiburan umum jenama Star

Pelanggan bakal dihiburkan dengan sambutan Hari Disney+ di Disney+ Hotstar buat julung kali, yang merangkumi berita gempar, sedutan filem, treler baharu, klip eksklusif dan penampilan barisan pencipta serta bintang dari Disney+.

Pelancaran Global di Korea Selatan, Taiwan, dan Hong Kong

Disney+ bakal membuat penampilan sulung di Korea Selatan dan Taiwan pada 12 November, dan di Hong Kong pada 16 November, sekali gus membawa watak-watak dan kisah-kisah ikonik Disney ke rumah penonton baharu di seluruh dunia.

Lebih lagi tayangan perdana kandungan, tawaran pengguna, dan berita menarik akan diumumkan menjelang sambutan Hari Disney+ Hotstar.

Related posts

Shang-Chi 2 Kini Sedang Dibangunkan, Destin Daniel Akan Mengarah Siri TV MCU

Kakimuvee

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Kakimuvee

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Pandangan Pertama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)

Kakimuvee

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Leave a Comment