Berita

Happy Death Day Catat Keuntungan Sebanyak 1,983 Peratus

Views

Satu lagi filem seram berbudget rendah terbitan Blumhouse mencatat kutipan memberangsangkan. Happy Death Day yang bermodalkan hanya $5 juta dolar telah mencatat kutipan tiket lebih $100 juta dolar seluruh dunia, mencatat keuntungan sebanyak $95 juta, iaitu peningkatan sebanyak 1,983 peratus dari modal pembikinan filem.

Blumhouse memang terkenal dalam penghasilan filem-filem seram berbudget rendah. Walaupun tidak menelan belanja yang banyak, hampir kesemua filem-filem mereka mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Sebagai contoh filem Get Out arahan Jordan Peele, yang telah mengutip sebanyak $254 juta berbanding modal sebanyak $4.5 juta, peningkatan sebanyak 5,544 percent dari modal pembikinan filem. Filem Split juga mencatat keuntungan besar apabila mengutip sebanyak $278.3 juta berbanding modal sebanyak $9 juta dolar.

Happy Death Day diarahkan oleh Christopher Landon dan dibintangi oleh Jessica Rothenberg, Israel Broussard, dan Ruby Modine. Filem seram ini mengambil konsep dari filem-filem ‘time-looping’ seperti Groundhog DayEdge of Tomorrow, dan Before I Fall. 

Ia mengisahkan pelajar Tree Gelbman (lakonan Jessica Rothenberg) yang dibunuh oleh individu misteri semasa hari jadinya. Bagaimanapun, dia mengalami situasi dimana berlaku masa yang berulang-ulang – pada saat ini, dia mula menyiasat siapakah yang telah membunuhnya bagi menghentikan masa berulang yang dihadapi olehnya.

Tinggalkan Balasan

shares