Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Happiness” Mengakhiri Siri Dengan Rating Tinggi, “Jirisan” No. 1 Menjelang Finale

Drama tvN Happiness mengakhiri rancanganya dengan rating tinggi. 

Pada 11 Disember, drama apokaliptik thriller yang dibintangi Park Hyung Sik dan Han Hyo Joo berakhir dengan rating penonton tertinggi sepanjang tayangannya. Menurut Nielsen Korea, Happiness merekodkan purata rating 4.2 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Sementara itu, drama MBC The Red Sleeve meneruskan rentak penguasaan di slot masanya sendiri dengan merekodkan purata rating 10.2 peratus untuk episod terbaru. Drama SBS, Now We Are Breaking Up juga kekal stabil dengan rating 6.8 peratus untuk episod malam semalam. 


Dengan tinggal hanya satu episod sahaja lagi, drama tvN Jirisan mengekalkan tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel. Drama misteri thriller lakonan Jun Ji Hyun dan Joo Ji Hoon itu telah merekodkan rating 7.6 peratus untuk episod terbaru. Jangan lupa saksikan episod finale Jirisan diperkhidmatan streaming iQiyi

Dua drama terbaru telah memulakan tayangannya semalam. Drama terbaru TV Chosun Uncle, yang merupakan remake dari siri popular BBC, telah memulakan episod pertamanya dengan rating 2.4 peratus, manakala drama sejarah terbaru KBS, The King of Tears, Lee Bang Won, telah mencatatkan rating 8.7 peratus pada tayangan perdana. 

Drama JTBC Inspector Koo menyaksikan penurunan rating ketahap 1.5 peratus untuk episod terbaru, begitu juga drama OCN Chimera yang hanya mendapat 1.2 peratus. 

Sumber: Soompi

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha