Slot Tempatan

Hanya Penerbit Dengan Rekod Baik Sahaja Yang Layak Mendapat Bantuan

Views
Sumber gambar: Harian Metro

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan menjalin kerjasama dengan Media Prima dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti penerbit TV yang layak untuk menerima bantuan.

“Hari ini kami membuat kunjungan rasmi ke Sri Pentas bagi membincangkan isu yang melanda penggiat seni bersama pihak MPB. Ada beberapa perkara baru yang sangat menarik hasil perbincangan ini.

“Kami juga secara rasminya bekerjasama membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi mengenal pasti penerbit TV yang layak untuk diberikan bantuan. Pihak MPB bertindak sebagai penilai kepada mana-mana penerbit yang layak dapat bantuan itu,” ujar Pengerusi FINAS iaitu Zakaria Abd Hamid yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Zakaria lagi, kriteria penerbit yang layak menerima bantuan adalah penerbit yang mempunyai ‘track record’ yang bagus.

Dalam pada itu, Zakaria tidak mendedahkan jumlah dana yang bakal disalurkan, namun berkata bantuan itu akan membantu sekitar 50 hingga 60 penerbit membabitkan lebih 4,000 penggiat seni.

Bantuan ini diberikan adalah untuk membantu mereka secepat mungkin untuk kembali memulakan kerja produksi dalam tempoh enam bulan ini selepas terjejas teruk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan negara dilanda pandemik COVID-19.

BACA:  Drama DAYANG SENANDUNG Dituduh Rasis? Ini Penjelasan Penerbit

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares